HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Soon..

*Written by Kak Rabiatul*

In life.
We should acutely aware of others' feelings.
We should know when people in need of something.
Spend time for them.
All ears.
Lend a hand.
We cannot just be a selfish person.
Who do something and talk just for the sake of ourselves.

But sometimes.
There's a time when you felt nobody cares about you.
There's a time when you felt tired of all these.
You can't keep this anymore.
You feel like to run from people.

Dear.
Take time for yourself.
Not everybody thinks the way you thought.
Not everybody feels exactly the way you felt.
No one is wrong.
Keep loving them.
Learn to relax.

Because.
At the time you felt nobody can understand you.
Like the way you can understand others.
Just let Allah understands you.
And it is more than enough.

You just need time alone.
To recharge.
To think more clearly.
Don't worry.
Time heals all wounds.
Soon.

"We need quiet time to examine our lives openly and honestly; 
spending quiet time alone,
 gives your mind an opportunity to renew itself and create order." - Susan Taylor

Soalan & Skema Jawapan Ujian Hidup Manusia di Atas Dunia.


Bismillahirahmannirrahim..
Assalamualaikum & selamat sejahtera! ^^

Sebagai mukadimah pendek -- hmmm. Umumnya, fitrah manusia ini ada macam macam ragamnya.. Sifat manusia yang paling ketara dan lazim hingga Allah sendiri menyebut di dalam al-Quran ialah sifat suka berkeluh kesah dalam hidup terutamanya apabila ditebak sedikit ujian dari Allah. Seringkali manusia mempertikaikan kenapa, kenapa, kenapa hingga dia terlupa akan fitrahnya sebagai hamba Allah yang sememangnya layak diuji. Nauzubillah.. Moga kita tak tergolong dalam golongan yang suka mengeluh dan tidak bersyukur dengan takdir Allah.. T_T

"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah. Dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia menjadi kikir. Kecuali orang yang melaksanakan solat. Mereka yang tetap setia melaksanakan solatnya. Dan orang yang dalam hartanya disediakan bahagian tertentu. Bagi orang (miskin) yang meminta dan yang tidak meminta. Dan orang yang mempercayai hari pembalasan. Dan orang yang takut terhadap azab Tuhannya." - [QS Al-Ma'arij 70:19-27]

Kenapa aku selalu diuji?
Kenapa hidup ini terlalu payah?
Kenapa aku tak pernah dapat apa yang aku mahu?
Kenapa? Kenapa? Kenapa?

*****

Aku selalu bertanya kenapa aku diuji..

Jawapannya:- 
[QS Al-'Ankabuut 29:2-3]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." 

Aku selalu bertanya kenapa aku tak boleh dapat apa yang aku mahu..

Jawapannya:- 
[QS Al-Baqarah 2:216]

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Aku selalu bertanya kenapa aku selalu dibebankan dengan cara ini..

Jawapannya:-
[QS Al-Baqarah 2:286]

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"." 

[QS Al-Syarh 94:5-6]

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." 

Aku selalu bertanya kenapa aku selalu berputus asa..

Jawapannya:-
[QS Ali-'Imran 3:139]

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman."

Aku selalu bertanya bagaimana untuk aku menghadapinya..

Jawapannya:- 
[QS Ali-'Imran 3:200]

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

[QS Al-Baqarah 2:45]

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;..."

Aku selalu bertanya apa yang akan aku peroleh daripada semua ini..

Jawapannya:- 
[QS At-Taubah 9:111]

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."

Aku selalu bertanya kepada siapakah aku boleh bergantung..

Jawapannya:- 
[QS At-Taubah 9:129]

"Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."

Aku selalu berkata yang aku sudah tidak tahan diuji..

Jawapannya:- 
[QS Yusuf 12:87]

"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir."

[QS Az-Zumar 39:53]

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

*****

Ternyata, Allah sudah sediakan jawapan yang lebih awal untuk segala yang telah atau mungkin bakal kita persoalkan apabila kita ditebak dengan sedikit ujian dariNya.. Semua soalan diatas yang selalu kebanyakan dari kita suarakan ada jawapannya dari Allah kerana para Nabi dan umat yang terdahulu dari kita telah menghadapinya, tidak terlepas jua ujian Allah buat mereka malahan mungkin jauh lebih dahsyat dari yang kita sedang lalui. Tabarakallah.. :) Apapun yang kita hadapi dalam hidup kita sebagai hamba Allah di atas dunia yang fana ini -- tetaplah bersyukur dan redha dengan segala yang Dia datangkan buat kita sama ada baik atau buruk. Yakinlah bahawa semua perancangan dan susunan takdir dari Allah adalah yang paling terbaik buat kita. Sedangkan dunia yang nilainya hanya ibarat setitis air di lautan, apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan kehidupan di atas dunia. :)

Lakukanlah segala suruhan Allah dengan patuh, tinggalkan segala laranganNya serta berusahalah untuk menjadi seorang khalifah Allah yang terbaik -- yang taat, tawaduk dan yang bersyukur dengan segenap inci takdirnya. Moga Allah melancarkan segala urusan kita, mempermudahkan kehidupan mendatang yang bakal kita lalui serta manjauhkan kita dari segala kebinasaan dan azab neraka jahanam. Moga Allah selalu memberi ilham, memeluk erat hati kita dengan kasih sayang yang sangat Agung dariNya. Aamiin aamiin aamiin ya Rabb, In Sha Allah. ^^ Sesungguhnya, yang baik dan yang buruk semuanya datang dengan izin Allah. Mohon maaf dari lubuk hati jika ada cela yang menyinggah dalam post ini. Saya hanya menyampaikan sedikit. Moga jadi asbab kepada hidayah dan kebaikan buat yang tersentuh hatinya.. Wallahua'lam..

QishDarleena

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2016 | THIS BLOG IS DESIGNED BY RRAI