HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Selepas 3 Bulan.


Bismillahirahmannirrahim..
Assalamualaikum warahmatullah & selamat sejahtera. ^^

Serasa lamanya tak mengupdate entri disini. Lebih tiga bulan blog dibiarkan sepi dan bersawang. Ada kalanya datang juga menjenguk sekadar untuk membalas teguran di shoutbox dan ziarah kembali follower yang hadir menyinggah kesini. Entah kenapa belakangannya membuak buak rasa malas membelenggu. Ini petanda yang sangat sangat tidak elok sebenarnya walhal disini lah juga salah satu medium untuk saya berkongsi dan menjalankan serba sedikit tugas sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini. Ampun ya Allah.. Moga dihilangkan segala malas yang membelenggu dan moga diberi ilham selalu olehMu. T_T

Atas pinta adik Asyiqah (Ciqah) yang menyuruh kakak ini mengupdate blognya, digagahkan jua jari nak menaip bait bait kata. Moga bermanfaat dan tak mengecewakan Ciqah hendaknya.. :) Sebenarnya dah berapa kali bertangguh-tangguh untuk update walhal ada saja suara yang meminta tapi taktahu kenapa macam malas sangat sangat. Bila menaip dah separuh jalan, tetiba ada je perkara yang menghalang sampai akhirnya entri jadi terbengkalai dan terbiar lama didalam draft. Banyak kali dah jadi gini sebenarnya. Allahu Rabbi. Okay.. Rasanya macam dah panjang mukadimahnya maka kemungkinan entri ini juga jadi panjang melebar seperti biasa. ==" 

Iqra' bismi Rabb~ (bacalah dengan nama Tuhanmu)
 Kalau rasa tak bermanfaat, tinggalkan dan jangan terus membaca. *gambar hiasan* 

Sejak 3 bulan tak update ni apa khabar agaknya saya disini? Alhamdulillah baik baik saja. Moga awak yang membaca ini pun berada dalam keadaan sihat hendaknya dan selalu dibawah payung rahmat Allah SWT, Aamiin.. In Sha Allah. Hmm. Nak cerita apa pun taktahu sebenarnya sebab dalam sesuatu tempoh masa tu, banyak perkara yang boleh berlaku dan begitulah jua dalam hidup saya. Mungkin sebabtu selalu dikatakan "biar masa yang berbicara" agaknya. Ampun kalau saya silap. Perancangan Allah siapalah yang boleh mengagak kan? "Wamakaru wama karallah wallahu khairul maakirin~" Kita merancang, Allah merancang dan Allah jualah sebaik baik perancang. Subhanallah.. ^^

Antara asbab saya tak berapa rajin nak update blog ini (selain malas~ hmmm) adalah mungkin kerana adanya Twitter dan Instagram sebagai alternatif yang lebih cepat selain Facebook yang juga agak mainstream dalam kehidupan banyak orang sekarang kan. Most of the time, my updates about daily life; how I went through the day, pergi mana dengan siapa, my thoughts and even my personal opinion can be found on my Twitter sebab disitu jelah yang sempat nak jenguk hari hari selain di Facebook saya. hee. Gambar gambar pula kalau tak upload kat Facebook, In Sha Allah awak boleh tengok hari hari yang saya update di Instagram saya. Kalau nak update deme tu pakai phone je dan ambil masa tak lama tapi bila nak update blog kena buka laptop, bla bla.. Quite a process kot buat manusia yang agak sibuk macam saya yaa. huhu. Memang saya sibuk pun sebenarnya. (tak percaya sudah~ haha) Begitulah ceritanya.. Mujur ada lagi insan insan yang sudi menggalakan saya untuk update lagi blog picisan ini kalau tidak, mungkin dah jadi muzium alam maya agaknya. Ketahuan jugalah yang rupanya masih ada orang yang baca blog saya yang tak seberapa ini. Terima kasih diucapkan buat awak awak yang sudi menjenguk ke sini. Jazakumullahu khairan kathira~ ^^

Buat adik Ciqah yang dirahmati Allah selalu, kakak serius taktahu nak cerita apa kat sini sebenarnya. Khuatir kalau berlebihan menulis jadi syok sendiri pula nanti. Kalau ada apa apa yang nak ditanya, nak dicerita dan kalau nak sembang panjang panjang mungkin Ciqah boleh Whatsapp kakak bila bila saja Ciqah free In Sha Allah akan dibalas tapi tak janji jugalah on time sebab kadangkala tak dapat elak dari kesibukan tugas. T_T Kalau ada rezeki dan kesempatan, nak juga keluar luangkan masa dengan Ciqah dan Kak Tihah sebenarnya. In Sha Allah akan kakak curi masa untuk itu nanti. ^^ Oh yaa.. Alang alang Ciqah tengah baca entri kakak ni, kakak berbesar hati sangat sangat nak recommend dua buku yang kakak nak semua ukhti ukhwah fillah kesayangan kakak dan siapapun yang tengah baca entri ini untuk beli dan membacanya..

i. Cinta High Class
ii. Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul
(karya Ustazah Fatimah Syarha - http://sebarkanbahagia.blogspot.com)

Wallahi.. Karya Ustazah Fatimah Syarha bagus sangat untuk dibaca para gadis seperti kita dan sangat menyentuh hati para pembacanya. Agak menjurus kepada konsep novel tarbiyyah yang penuh manfaat serta ilmu berguna di dalamnya In Sha Allah.. Ada beberapa buah lagi buku Ustazah Fatimah Syarha yang semuanya bagus bagus untuk dibaca. Maybe anda boleh check sendiri blog dan fanpage Facebook dia. Tak rugi.. Kalau Ciqah dah kenal beliau dan mungkin pernah baca karya yang kakak sebut tu, ayuh kongsikan dengan kawan kawan awak. Kakak teruja sangat kalau boleh nak semua orang baca. Tapi inilah realiti dia. Kak Tihah dah baca haritu tapi kakak tak sempat promote kat awak sebab awak dah quit dulu. Over betul kan.. ==" Share kat sini pun bolehlah at least ada juga benda kakak nak cerita.. haha. :p

Back to the main point of this entry (dah habis promote buku dah. hihi), rasanya, sampai disini sajalah update entri saya untuk kali ini setelah sekian lama membisu tak update blog ini. Dalam pada taktahu nak cerita apa, entri ini jadi panjang juga dengan entah apa yang saya coretkan disini. Minta maaf sangat sangat kalau tak berapa nak berisi entri ini dan sangat sangat menyebabkan masa anda terbuang membacanya. Maaf dari saya tuan punya blog yang mencoret disini.. Alhamdulillah ala kulli hal wa astaghfirullah~ Selepas 3 bulan, akhirnya ada update juga blog ni. hihihi.

Akhir kalam, dengan penuh rendah hati saya memohon kepada awak yang membaca untuk sama sama mendoakan segalanya yang terbaik untuk segala perkara yang telah terjadi, segala perkara yang akan mendatang dalam hidup kita dan moga hanya kebaikan yang mengiringi kita semua umat Islam di seluruh dunia. Ayuh sedekahkan al-Fatihah buat ahli keluarga serta saudara kita yang sudah meninggal dunia, ayuh sampaikan doa tulus yang tidak putus putus juga buat saudara seagama kita di seluruh dunia dengan harapan semoga mereka dalam peliharaan Allah selalu.. Aamiin aamiin ya Rabb, In Sha Allah.. Terima kasih tak terhingga atas doa kalian dan hanya Allah yang dapat membalasnya. Yang baik semuanya datang dari Allah, dan yang buruk datang dari diri saya sendiri atas izin Allah juga. Sekian, wallahua'lam.. ^^


QishDarleena

#TakeFive: Kita & Nafsu


Bismillahirahmannirrahim..
Assalamualaikum warahmatullah & selamat sejahtera. ^^

Manusia, fitrahnya tak sempurna -- boleh berbuat pahala dan boleh terdorong juga untuk berbuat dosa. Perbuatan yang sewajarnya berpaksikan hati dan akal kadangkala jadi tersasar jauh bila dipandu oleh nafsu. Yang dilakukan selalunya menjadi rutin dan ada juga yang bersifat sampingan. Bila berbuat baik, rasanya tiada apa apa masalah tentang itu tapi apabila berbuat sesuatu yang tidak patut dan mungkin tidak elok di mata Tuhan? Adakalanya, apabila kita sudah terbiasa dengan apa yang kita buat, mata dan pintu hati sudah jadi tertutup untuk menilai semula akan baik atau buruknya perlakuan diri kita sendiri. Kita seakan seperti sudah selesa dengan diri kita maka pada waktu ini, sememangnya nafsu sudah berjaya menguasai diri sendiri, hinggakan mata hati seakan tidak berupaya menunjukkan jalan yang betul. Kadang-kadang, mungkin ada yang prihatin mahu turut membantu menasihati kita namun kita merasakan seperti perkara itu mencabar kita dan seolah-olah si manusia prihatin itu hanya mahu mencari kesalahan kita. Betapa nafsu boleh membawa pengaruh buruk yang besar dalam diri kita kalau tidak dikendali dengan baik.. Allahu Rabbi. T_T

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)." - [QS 3:14]

*gambar hiasan* Macam takda kena mengena tapi comel. ^^"

Justeru marilah sama-sama kita menilai kembali amalan yang telah kita laksanakan pada diri kita selama ini. Mungkin kita merasakan apa yang kita lakukan itu semata-mata bersandarkan kepada sesuatu niat tertentu yang kita anggap baik bagi kita untuk membetulkan sesuatu keadaan mahupun untuk mencapai sesuatu kehendak, namun begitu, niat tetap tidak menghalalkan cara yang kita pilih walau sebaik mana pun niat itu. Jangan diundang dosa bersama pahala kerana takut nantinya pahala itu yang dikalahkan oleh dosa. Kita ingin mengumpul dosa, rupanya dalam masa yang sama saham dosa kita juga turut semakin bertambah.. Banyakkan muhasabah diri, periksa semula apa apa yang terkurang untuk dibaiki segala kelemahan itu dan yang paling penting, jaga hablumminAllah (hubungan dengan Allah) dan hablumminannas (hubungan dengan manusia) melalui apa saja amalan baik yang boleh kita laksanakan.

Pesanan buat diri sendiri dan sekalian saudari saudara.
Moga dirahmati Allah selalu.. Wallahua'lam~ ^_^

QishDarleena

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2016 | THIS BLOG IS DESIGNED BY RRAI