HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Mengemis Kasih Illahi.


Ya ALLAH..
Terasa lembutnya belaian sayangMu bersama kurnia sekalung hidayah.
Tapi ada kalanya terasa berbahang kemurkaanMu seiring patahnya sayap mujahadahku.

Ya ALLAH..
Langkahku bagaikan mati. Mendaki kasihMu nan sayup tinggi.
Namun cintaku bukan palsu. Biarpun langkahku ke sana sering terganggu.

Ya ALLAH..
Terlerai sudah ribuan taubatku. Terungkai bersama semua janjiku yang dulu.
Kataku sering mungkir. Walau ku tahu cintaMu tak pernah meminggir.

Ya ALLAH..
Walau apa pun, aku masih terus di sini.
Mengemis di titian janjiMu yang pasti.
Di sini aku masih mendamba kasih.
Kerana ku yakin kasihMu tidak pernah hilang selama-lamanya.


"Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al-Quran kepada mereka, dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka dan kerana mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa orang-orang dahulu, atau di datangi azab yang dilihat dan dihadapi." - [QS Al-Kahfi 18:55]


 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2017