HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Tentang Sobat..


Dia.. Sobat yang selalu ada..
Sobat yang sudi mendengar setiap bait curahan kata..
Sobat yang sentiasa mengiyakan apa saja yang kuungkap..
Sobat yang menjadi tempat mencurah rasa..
Sobat yang melihat setiap lelehan air mataku yang selama ini menjadi rahsia..
Dia sobat yang menjadi kesayanganku..

Tidak pernah kukisah bila saban..
Aku tinggal sebilik dengannya,
Aku tidur sekatil dengannya,
Aku makan sepinggan dengannya,
Aku minum segelas dengannya, dan..
Aku berkongsi apa saja dengannya..

Kerana dia sobat.. Dia yang setia selalu denganku..
Dia saja yang memahami diriku..
Nafas kami selalu senada, jalan kami selalu beriringan,
Fikiran kami selalu terdetik perkara sama, dan citarasa kami jarang sekali berbeza..

Doa dan pintaku sepenuh rasa..
Agar nanti kekal bersama kita hingga akhirnya..
Walau masing masing sudah punya rumahtangga dan keluarga..
Namun sobat tetap tak akan aku lupa..
Akan selalu dirimu sobat di dalam hati dan ingatanku..

Buatmu sobat, hanya satu pesanku,
Ingat daku dalam segenap doamu, jika aku masih kau kasihi..
Mengenalmu sangat membahagiakan diriku..
Kamu lah sobat dunia akhirat.. Saya sayang ama kamu Nabeela sobatku.. 

QishDarleena- 2:41pm, 16 Mac 2012.

Entri Kusut.


Assalamualaikum warahmatullah..

Tatkala si gadis memulakan tulisan ini, jiwanya sangat serabut dan penuh dengan seribu satu kekusutan.. Ya.. Saya hanya salah satu dari hambaNya yang tidak terlepas dari rasa serabut yang hadir pada masa tertentu. Sememangnya rasa ini tak disukai.. Memang sangat dibenci.. Tapi apakan daya kalau dah namanya manusia, takkan lengkap hidupnya kalau tiada ujian.. Kann? Wallahualam.. :)

Sekarang jam menunjukkan tepat pukul 12:54am, 24 Mac 2012. Astaghfirullah al azim.. Sejak kebelakangan ini hidup si gadis memang penuh tekanan. Tapi tekanan itu benda positif sebenarnya. -.-" Okay.. Memang ya sebenarnya.. Huhu. Tekanan mengajar kita lebih menghargai masa, lebih menyayangi diri kita, lebih tekun melakukan sesuatu perkara dan lebih menghargai setiap perkara yang hadir dalam hidup kita. Konklusi dia, saya sedang sangat tertekan, penat, tak cukup tidur, tak cukup rehat, dan saya rindukan keluarga saya. Saya sangat tertekan dengan kehidupan semester akhir Tahun Asasi saya di Unisel sekarang ni.. Err. Okay.. Jari pun sangat tertekan agaknya hingga ia tanpa henti menari memuntahkan kata-kata.. Allah..

Kepuasan.. Itu yang saya mahukan. Saya mahu peluk Mama, luangkan masa dengan Mama dan adik adik sepuas puasnya.. Kepulangan saya ke rumah setiap minggu tak bererti saya dapat meluangkan masa saya sepenuhnya dengan keluarga tersayang.. Minggu akhir sebelum final exam sangat padat dengan tugas saya sebagai Costume Manager/Head of Costume/Costume Designer untuk role play kami yang menjadi major assignments untuk subjek Literature semester terakhir..

Saya mahu meluangkan lebih lagi masa buat diri sendiri sepuasnya.. Saya tak puas lagi dengan kehidupan saya.. Ya.. Itu sangat menekankan sebenarnya.. Banyak sungguh distractions yang mengganggu.. Sungguh kalau diberi peluang, mahu tinggal sahaja di rumah, luangkan masa sepenuhnya buat memuaskan diri saya, err.. Tapi tak mungkin.. huhu.

Kiranya kalau yang membaca ini dapat membayangkan betapa kuatnya tekanan saya sekarang, dan anda rimas dengan tulisan saya yang penuh tekanan ini, sila fahamkan yang saya sedang menulis untuk diri saya sendiri. Tidak pernah meminta kamu untuk membaca sepatah sepatah tulisan saya kiranya kamu tidak berminat pun untuk ambil tahu. Yes, I'm advicing myself. Entry ini hanyalah luahan rasa. Apapun.. Silakan Qish. Silakan.. Teruslah bermunajat kamu kepadanya.. Jangan putus asa dengan apa yang ditakdirkan buat kamu. Berhenti mengeluh dan terus mengeluh seakan kamu tidak redha dengan ujiannya. Berhenti Qish! Berhenti..

QishDarleena


Jiwa.



Jiwa.. Jiwa manusia..
Kadangkalanya kuat..
Kadangkala boleh jadi terlalu lemah..
Itulah fitrah jiwa manusia..

Tidak selalunya di tempat yang sama..
Sama dengan diriku..
Emosi aku rapuh..
Mudah jua menitiskan air mata..
Selalu saja mahu menangis bila mana aku rasa lemah..

Jangan kau pertikaikan air mataku..
Jangan kau berani menilainya..
Kerana kau bukan di tempatku..
Hanya aku yang mengerti perasaanku..
Biarkan aku terus hanyut dengan rasa hatiku..
Asalkan aku tidak mengganggu dirimu..
Dan asalkan aku masih punya batas dan ingatan padaNya Yang Esa..

Biarkan aku tersungkur menangis disini..
Jangan kau bantu, jangan kau toleh jika kau letih melihatku..
Aku tak pernah meminta simpatimu..
Mahupun aku tidak pernah merayu pujukkanmu..

Persetankan mainan jiwaku..

QishDarleena; 1:26am, 23 Mac 2012.

♥Mahabbah Ke Jannah..




 


Siapa yang tidak mahukan zauj/zaujah yang soleh/solehah?
Zauj yang boleh memimpin kita menjadi imam dalam setiap solat kita,
Zaujah yang boleh menyambut tangan kita dan menjadi makmum dalam solat kita..
Zauj/zaujah yang sentiasa setia bersama kita..
Sama sama mengharungi suka duka mencari bekalan dari dunia untuk ke syurga..

Itu jua yang aku mahukan untuk diriku..
Zauj yang bisa menerima apa adanya diriku,
Zauj yang bisa berdamping denganku ke jalan Allah,
Zauj yang bisa menegur tatkala khilafku datang..

Ya Allah.. Hadirkanlah yang terbaik untuk diriku..
Hadirkanlah yang terbaik  buatku..
Yang bisa menuntun aku bersamanya ke dua syurga, Syurga Cinta dan SyurgaMU.
Allahumma Zawwijni Zaujan Soolihan~ Allahumma Zawwijni Zaujan Soolihan~ 
Allahuma amin.. Yarabbal al amin..



p/s; Masha Allah. Subhanallah. Comel sungguh gambar tu. comel sangat2..
Alolo sweetnya.  Qish nak macamtu juga.. Insha Allah.
Sejuk sungguh couple tu walaupun cartoon je.. hihi. *gatal*

QIshDarleena; 3.50am, 18 Mac 2012.


 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2016 | THIS BLOG IS DESIGNED BY RRAI