HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Clarification of the WHY.


Assalamualaikum warahmatullah..

I have a clarification of my usual expressions to be shared with everyone. The expressions that raise many questions among peoples. I wonder why they raised up those silly issues? Might be too curious to discover this WHY and WHY from me.. Why do I still JOKING, LAUGH and SMILE even that I'm in a miserable situation now? In situation where something happen that should be called as a perfect disaster (musibah). Yeah. It's perfect because there'll be always a virtue behind something bad that happen.

Kalau orang tengok kita bergurau senda, bergelak ketawa dan senyum sentiasa, orang ingatkan kita sedang bahagia dan gembira. Sedangkan mereka tidak mengetahui sebetul-betulnya hakikat. Kerana sebuah pandangan tidak akan cukup untuk menyelami isi hati yang jauh di dalam.. 

Sebenarnya, kita bergurau untuk menyenangkan orang lain.. Agar mereka tahu yang mereka tidak perlu gundah akan kesedihan kita..

Kalau kita bergelak ketawa, itu tandanya kita sedang cuba mengubat kesedihan hati kita. Cuba hiburkan hati bila melihat keletah orang di sekeliling kita.. Agar mereka tidak merasa jauh hati dan bosan dengan kita yang terlalu melayan perasaan kita..

Kalau kita senyum sentiasa, itu bermakna kita sedang cuba mengatasi rasa negatif dalam diri.. Melawan kesedihan dan menyenangkan hati orang lain dengan senyuman manis kita.. Lagipun senyum itu kan sedekah. :)

Tak boleh nak puaskan hati orang sekeliling dengan serentak dan dalam masa yang sama. Hati saya berkata, "Qish, you don't bother it!" What people say based on what they see is not enough to proof the real thing. Me, the one who faced this and the one that should know the real things behind everything. 

I'm still persuading myself to really accept with full of my heart that EVERYTHING HAPPEN FOR A REASON.. And I'm trying to be strong, to go on my life that is still long to go. I'm now collecting the strength. Please take note. :')

Awak ingat saya tak penat ke nak menangis hari hari? Penat.. Takmau dah menangis kalau boleh.. Tapi airmata tak boleh ditahan.. Sampaikan mata saya sudah 2 minggu bengkak yang tak surut dan kelihatan mula sepet kerana terlalu banyak menangis. Muka pun jadi hodoh. -.- Saya tak pinta dan ia natural incident. Oleh sebab itu saya BERGURAU, KETAWA dan SENYUM. Agar dapat bercuti daripada menangis. Wallahualam..

p/s; Dear Papa, I love you.. I miss you.. Get well soon Papa.. 

QishDarleena



Dapur Itu Juga Maniss.. ;]



Assalamualaikum warahmatullah..

Just like what I've planned to, I'm here to update and share the pictures of my 'owh-semm' hostel as an update for my Unisel entries. Lol. (bapak berbelit jejari senget qish nak taip speaking bagai ni) Harini nak share 'documentary' pasal dapur kat 'condo' Unisel pulak. hmm. Silakan jamukan mata anda. Kita snap semua pukul 8 lebih tadi. Fresh dari camera. haha. Kebetulan, harini kita takda class. Jadi, dapur kita berasap lah harini. Tengoklah.. :P

 Mukadimah; Harini kita masak tomyam. hihi.
 Ini namanya tomyam campur. Sedap tak nampak?hihi.
Ada ayam, cendawan, carrot dan juga udang. 
 Ni jelah ruang masak yang ada.. Semua nak sumbat setempat.
Tak seberapa pun.. Tapi bolehlahh. :)
 Tempat susun pinggan, mini punya je. haha.
Tengok sinki tu. Diorang pakai sinki murah.
Selalu sangat tersumbat ni wahai Jananiaga. -.-
 Rencah kehidupan. hee. Nak kenalkan juga?
Dari belakang kiri; minyak masak, Pepper, sos cili,
Dari tengah kiri; Tumix, serbuk kunyit.
Dari depan kiri; Kicap masin, garam, kicap manis. :)
 Nama benda ni bakul bawang. ;3
 Ni je yang kami mampu. Puas cari mugstand yang dijual tapi takda.
Ada orang nak jual kat kami tak? sila comment kalau ada. terdesak ni. =="
 Ni tempat gantung periuk belanga, kuali dengan gadget memasak.
 Ni laci rahsia. haha. sebenarnya ruang stok barang2 masak kami.
Tapi segala benda disumbat di dalam kabinet ini.
 Water dispenser ni lah nyawa kitorang.. haha.
Membekalkan air Hot and Cool untuk kami. yang sebelah tu tong beras.
 Ni pulak stok makanan qish baru bawak balik.
Mama beli macam nak suruh bukak kedai runcit.
 Antara dua robot terpenting di dapur condo kami. :')
 Ni dalam pintu peti. tingkat bawah sekali. Susu susu. :P
 Ni first floor diaa. hee. Kordial.. dan tengok tuu.
Ada budu. Wajib simpan budu yaa.. Saya tekak Kelate.
 Minyak sapi, asam jawa dan kicap. haha.
 Wajib ada dalam peti.
 Haa. ni baru pintu peti. kemas sikit. tapi..
Tengok tuu awok. Belacan block paling besar Iela bawak. haha.
Sebab apa? kitorang makan belacan macam kunyah biskut. -.-
 ni box paling bawah kat body fridge. ada stok cili api, sayur, ikan pekasam, ikan bilis.
 ni body atas. ada cili mesin dengan sambal belacan.
oh yaa.. peti ais kami ni banyak harta karun. -.-
 segala benda yang kat bawah tu..
semua lah pendek kata, kawan kita punya.
Ni freezer. Ada ayam, ikan, dengan udang.
Ada frozen food juga. hihi.

Haa. setakat ni sajalah dokumentari saya *lahh sangat* zz. Alhamdulillah.. Kami bersyukur sangat dengan keselesaan yang kami ada. Bukan semua orang boleh rajin nak angkut barang2 macam nak pindah selamanya kat sini macam titeww. hihi. Thanks Papa Mama sebab dah bagi anakanda kemudahan yang menyenangkan ni. Walaupun tak seberapa macam rumah sendiri, tapi dapat jugalah kami merasa kehidupan berumahtangga secara berdikari ni. Boleh juga nak asah skill masak2 ni kan. Alhamdulillah.. Nanti nak update pasal ruang lain dalam hostel kami pulak.. :)


p/s; Qish rinduu Papa sangat.. Papa. :'( Kaklong dah pandai masak tomyam sedap2..

QishDarleena


Manisnyaa Bilik Itu. :p


Assalamualaikum warahmatullah..

Live dari Universiti Selangor, Qish Darleena membawakan kepada anda.. sebuah dokumentari bertajuk.... er..er.. BILIK SAYA. *sila beri tepukan gemuruh* :p Hm. update ni tentang bilik qish kat Unisel. hee. Sejak masuk Unisel, tak pernah nak cerita pasal kat sana kan? Tak pernah pun masukkan gambar hostel, kawan2 atau persekitaran kat Unisel kan? So, there we go.. I bring you.. into the journey of my Room Sweet Room, live from Unit D6-2F-U1, Unisel Condo, Bestari Jaya.. zz~ ♥

Ini. Bahagian paling penting dalam wardrobe.
Messy dan penuh, dan segala benda nak sumbat kan qish.
Kantoilah semua benda yang qish pakai. ^^"
Slot paling besar tu untuk gantung baju gi class dan hanger tudung.
Kanan untuk toiletries, bawah tu accessories etc,
bawah kiri baju kurung, bawah kanan t shirt dan baju tidur,
bawah sekali kiri skirt, bawah sekali kanan seluar. hihi.
Sakit mata tengok gerobok anak dara sorang ni kan. =="
Atas meja ni sentiasa penuh dengan barang.
Segala benda letak atas meja ni. 
Ni nama dia ruang belajar QishDarleena.
tapi sekarang fungsi dia jadi ruang online QishDarleena. haha.
Bilik qish ni kalau siang tak bukak lampu nampak malap sikit.
Haa. tamak dengan kipas jua. kipas siling ada, kipas meja pun ada.
Nasib baik kipas lantai dengan kipas dinding takda. ;3
Yang comel sangat tengah baring atas katil tu nama dia GeBu.
hihi. bawah katil tuu ada bakul kain color pink.
Beg kuning Jacob tepi katil tuu banyak khazanah. haha.
Stok makanan qish dari Mama. duhh. ^^"
Ini meja Cik Beela roomate qish tapi dia tak letak barang pun.
Barang atas tuu semua qish punya. hee.
Belts kat dinding, handbag, penyapu hijau..
dan segala yang bergantung tuu pun. ;p
Hadiah color merah tu untuk Abang Faisal yang tolong Papa
time accident haritu. hihi. *nak juga promote*
Budak tecik tecik omel ni lah namanya GeBu.
Say Hii to GeBu ! :D
Color merah tu Bobby, tabung ladybird titeww..
Ni persekitaran bawah blok D6. Bersih nok.
Skuter tu Izzah punya. hihi. tong sampah biru tu Mayam punya. ;3
Rumah titeww tingkat dua tau awok.. haa.
tapi bukan sebelah sini. belah sana dekat pondok pak guard. haihh.

Hihi. Akhirnya tertunai jugak update kita pasal Unisel. Ni tak habis cerita lagi nii.. Harini cerita pasal bilik je. nanti kita cerita pasal dapur pulak.haha. Alhamdulillah selama duduk di hostel rasanya sangat selesa dan macam kat rumah sendiri je. Compare dengan asrama di kebanyakan IPTA yang padat dan kurang facilities.. Saya bersyukur dapat study di Unisel.. Alhamdulillah.. Okay bye. :p


QishDarleena


Update Papa..


Assalamualaikum ya ukhti..

Ini update tentang Papa.. tempoh hari sebelum qish balik ke Unisel, ada Ustaz yang datang ke hospital.. Kawan Papa yang bawa atas permintaan kami yang mahu cuba ikhtiar cara lain untuk Papa. Alhamdulillah.. Ustaz tersebut sudi datang untuk mengubat Papa.. Dia bacakan ayat2 suci untuk mengubat pesakit dan seterusnya dia buatkan air penawar untuk Papa. Kata beliau, orang yang koma rohnya berada jauh dari kita di awang awangan.. Ketika coma, Papa akan alami macam macam pengalaman.. Pergi dari satu tempat ke tempat lain dan ada juga berjumpa dengan roh orang yang telah meninggal dunia.. Wallahualam.. Itu lah kata Ustaz tersebut.. Dia bagi air penawar untuk Papa. Katanya, masukkan dalam tube air yang kat badan Papa dan lapkan pada seluruh badan Papa setiap hari..

Alhamdulillah.. Keesokkan harinya keajaiban telah berlaku.. Kebetulan, hari itu kami terpaksa memungkiri janji untuk datang melawat Papa kerana ada masalah yang tak dapat dielakkan.. Kawan Papa, Uncle Rosli menelefon dan dia kata dia datang melawat Papa pada hari itu.. Dia lihat banyak perubahan Papa.. Papa mula menggerakkan tangan dan kakinya, tetapi masih belum sedarkan diri. Ketika nurse datang untuk memberi suntikan, Papa berkerut menahan sakit walhal sebelum ini Papa langsung tidak memberi apa2 respon terhadap sekeliling.. Kami mula teruja untuk datang ke hospital keesokan harinya..

Harini.. Kami datang awal pagi ke hospital. Even though the visit hours only start at 12.30pm, we've been there since 10am because we're so excited to meet Papa.. :') Lepas dibuka, kami terus naik ke ward dan menuju ke katil Papa.. Ohh ya.. Buat yang masih taktahu, Papa dah pindah keluar dari Zon Merah iaitu Critical Zone dalam Neurosurgery ICU Ward tu.. Papa sekarang dah tukar ke katil 14 which is dalam kawasan Zon Kuning iaitu separa kritikal. Alhamdulillah. And another miracle happen as we arrived there, Papa opens his left eyes. :') He's moving his hand and his leg alternately but he's still unconcious sais the doctor. It might take times because of the serious injured in Papa's head.. But as long as he'll be fine and okay, I'll try to have patience and I hope that he'll recover soon..

Here, the pictures that I've take for viewing by you all, as in to show his progress and update. These pictures was taken on 2nd October 2011, the day I went back to my campus.

See.. he opens his left eyes. :')
I don't know what's the purpose of putting this thing on his finger.. -.-
Papa's finger is getting bruised because of that thing.
Currently he's using oxygen machine to breath and another weird machine for the monitoring..
This is a machine used to feed him milk..
I don't know what's the name of this weird creature. 
Papa ♥
He's getting skinnier day by day.. :'(
I'm already being used to all those things.
After spending more than a month here..
Mama.. always being in Papa's side. :')

" Ya ALLAH Engkau ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami. Engkau kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sewaktu kecil kami. Engkau kurniakanlah kesabaran dan ketabahan dalam menempuh ujian yang Engkau timpakan.."

Papa, I will always pray for your health and your happiness. May Allah always bless you my dear Papa.. I miss you alot dear Papa..I love you so muchh.. Don't you miss me? Wake up fast dear Papa.. I really need you.. How can I go on my life without you beside me? I love you so muchh.. :'(♥

QishDarleena

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2017